Home Berita PAS Terengganu

Ziarah Muslimat Bukan Kerana Raih Undi

4
SHARE

Berita : Fatimah Din
Gambar : Amirul Aizab

MARANG – Rutin ziarah mingguan atau bulanan di DUN-DUN yang turut disertai isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen bukan untuk meraih undi tetapi tanda kecaknaan.

Disamping itu, tambah Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Marang, Wan Marian Wan Jusoh aktiviti yang tidak bermusim itu juga dapat mengeratkan hubungan rakyat dan pemimpin.

“Selain itu, setiap kali ziarah akan meringankan sedikit beban pada keluarga yang diziarahi dengan buah tangan yang dibawa,” ujarnya.

Wan Mariam berkata demikian mengulas ziarah To’ Puan Sri Zainab Awang, isteri Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Dato Seri Abdul Hadi Awang yang diadakan pada pagi, 6 Oktober di DUN Alur Limbat.

Menurutnya, kali ini rombongan ziarah telah berkunjung ke lima buah rumah warga emas itu turut disertai beberapa orang kepimpinan muslimat daripada DUN berkenaan dan juga ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang.

“Walaupun sumbangan yang dihulurkan tidaklah banyak, tetapi amalan ziarah ini telah menjadi rutin pemimpin PAS dari dahulu lagi tidak kira samada. hendak mengundi ataupun selepas mengundi, ” katanya lagi.