Home Berita PAS Kedah

Ziarah mangsa kemalangan

75
SHARE

PADANG SERAI – Setelah hampir dua tahun Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Padang Serai tidak dapat menziarahi pesakit di Hospital Kulim akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Padang Serai mengaktifkan semula program menziarahi pesakit di wad hospital bermula semalam.

Rombongan Lajnah Kebajikan telah menziarahi Tuan Basri Mohd Hasan yang juga AJK Lajnah Kebajikan yang berada di Wad 5 akibat kemalangan jalanraya baru-baru ini.

Dalam kesempatan itu, Lajnah Kebajikan juga sempat melawat beberapa pesakit lain yang sedang mendapat rawatan.

Semoga mereka semua cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian daripada Allah SWT.

Para dermawan yang ingin menyumbang untuk aktiviti kebajikan dan pembelian kenderaan 4×4, bolehlah salurkan ke akaun 02057010049377 (Bank Islam).