Home Berita PAS Kedah

Beras percuma kepada penduduk

61
SHARE

JERAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, YB Ustaz Azam Abd Samat mengagihkan bantuan beras percuma daripada Kerajaan negeri kepada penduduk memerlukan, pagi semalam.

Katanya, agihan bantuan Beras Sejahtera tersebut melibatkan penduduk yang memerlukan di tiga buah kampung iaitu, Kampung Batu 14, Kampung Padang Besar dan Kampung Selengkoh.

“Semoga bantuan diedarkan mampu ringankan sedikit bebanan penduduk,” ujarnya.

Selain bantuan Beras Sejahtera penerima juga menerima sumbangan barangan keperluan dapur.