Home Berita PAS Sarawak

Ziarah Mahabbah PAS Beting Maro

102
SHARE

OLEH : TASNIM AHMAD

Beting Maro, 12 November 2021 : Penyelaras DUN Beting Maro, Arifriazul Paijo bersama pimpinan PAS Sarawak telah mengunjungi penyokong PAS di sekitar Beting Maro yang terdiri daripada beberapa buah keluarga di sini semalam.

Menurut beliau, program ziarah ini diadakan secara berkala bagi mengeratkan hubungan sesama Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Beting Maro bersama penyokong PAS setempat.

Dalam sesi ziarah tersebut, turut berlangsung penyampaian sumbangan dan sesi menyantuni warga seisi rumah bagi mengetahui beberapa isu dan keperluan mereka.

“Penyokong-penyokong PAS Beting Maro amat positif dan berfikiran terbuka dalam menjalani kehidupan norma baharu tatkala Sarawak perlahan-perlahan memasuki Fasa 4 di mana beberapa kegiatan ekonomi dan sosial kembali berjalan seperti biasa,” ujar beliau.

“Sikap keterbukaan dan positif penyokong-penyokong PAS wajarlah diikuti agar kita bisa dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat dalam perubahan kehidupan seharian,” tambahnya lagi.

Turut hadir dalam program itu ialah Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak(DMPNS) Dayangku Huda Ahmad yang sama-sama menjayakan program tersebut.