Home Berita PAS Pahang

Lawatan kerja AJK Kawasan ke cawangan mantapkan organisasi

112
SHARE

Oleh: ROSLI DAHARI

Chenor, 13 Nov. :: Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Maran telah mengadakan lawatan kerja ke Cawangan Felda Sg Nerek, dekat sini hari ini.

Program tersebut bermula dengan taklimat dua hala di antara Ahli Jawatankuasa, sayap Pemuda dan Muslimat Cawangan tersebut dengan Ahli Jawatankuasa Kawasan.

Kehadiran pimpinan PAS Kawasan disambut oleh Ustaz Murad Mustafa dan ahli-ahli jawatankuasa.

Di kesempatan itu pimpinan PAS Kawasan turut menziarahi veteran parti (as-sabiqun) dan warga Felda Sg Nerek yang keuzuran.

Lawatan yang diketuai Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Maran Ustaz Ramli Abd Rahman turut disertai Timbalan YDP Yang Berhormat Ustaz Mujibur Rahman Ishak yang juga Ahli Dewan Negeri Chenor, Ketua Muslimat Kawasan, Bendahari Kawasan dan pimpinan-pimpinan lain.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::