Home Berita PAS Sarawak

Penduduk Rumah Panjang Sumping sertai DHPP Sarawak

29
SHARE


Oleh: Zahirah Awang

Bintulu – Karnival Rakyat di Rumah Panjang Sumping Ak Limban telah berjaya dilaksanakan pada Sabtu yang lalu anjuran PAS Bintulu. Sambutan terhadap acara ini amat memberangsangkan dengan keterlibatan aktif penduduk sepanjang program berlangsung.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk gotong royong memasak bersama orang kampung, pemeriksaan kesihatan, cabutan bertuah, sukaneka kanak-kanak dan dewasa serta pertandingan tarik tali.

Acara kemuncak karnival ini menyaksikan Tuai Rumah Panjang Sumping Ak Limban menyerahkan borang keahlian penduduk untuk mendaftar sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kepada Yang di-Pertua PAS Bintulu, Ustaz Abdul Halim bin Abdul Kadir, yang turut hadir.

Dalam ucapannya, Tuai Rumah Sumping Ak Limban, menyampaikan penghargaan atas kesudian PAS Bintulu menganjurkan program bersama mereka. Beliau juga menyatakan keterujaannya untuk bekerjasama dengan PAS. “Kami yakin dengan PAS yang sentiasa membawa kebaikan kepada negeri ini,” ujar beliau.

Ustaz Abdul Halim, dalam ucapan penutup, turut melahirkan rasa terharu atas sambutan mesra penduduk. “PAS Bintulu berasa amat terharu atas kesudian penduduk yang sangat terbuka menerima kunjungan kami,” katanya. Beliau juga berharap hubungan baik yang terjalin akan kekal berpanjangan.

PAS Bintulu bertekad meneruskan komitmen untuk menyantuni masyarakat setempat, terutamanya warga bukan Islam, agar lebih ramai dapat memahami dan menyokong perjuangan PAS di masa hadapan.