Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Isteri berhenti kerja firma guaman jaga suami lumpuh

109
SHARE

OLEH RUSILAH MD SOM

REMBAU, 12 November: Program Ziarah MOSWAY yang diketuai oleh Ishak Omar, Pengerusi LKK PAS Negeri Sembilan diiringi Ketua LKK PAS Kuala Pilah menyantuni golongan miskin, orang kurang upaya (OKU) , sakit, warga emas, anak yatim dan armalah (MOSWAY) menyampaikan sumbangan peralatan pesakit dan bakul makanan semalam.

Nurulfazlina Kamarin yang menerima sumbangan lampin pakai buang dan bakul makanan bagi pihak suaminya, bekas pekerja operasi Ambank,  lumpuh dan terpaksa berhenti kerja di sebuah firma guaman kerana menjaga suaminya yang kini terlantar dan lumpuh semenjak tahun 2020 lagi.

Menurut Faizah, kehadiran mereka ke rumah Nurulfazlina di Kg. Dingkir Inas, juga adalah sebagai pemudahcara buat beliau mengisi borang Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) untuk mendapatkan bantuan yang selayaknya diperolehi.

Manakala Abd Rashid Kassim yang diserang stroke dan lumpuh sebahagian badannya dan kini terlantar serta diuji dengan banjir baru-baru ini telah menerima katil pesakit serta bakul makanan daripada pihak PAS Kuala Pilah.

Jiran di sebelah rumah Abd Raya di Kg Paya Kumbuh juga menerima bakul makanan.

“Semoga dengan bantuan yang PAS hulurkan buat kedua-dua insan OKU di Kampung Paya Kumbuh, Juaseh dan Kampung Dingkir, Inas dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga tersebut,” kata Faizah Yusof.

Turut hadir ialah Helmi Abd Ghani, Setiausaha Khidmat Malaysia Negeri Sembilan, Sufi Mukmin Abd Karim, JAM Kuala Pilah dan Azamah Awang, AJK LKK PAS Negeri Sembilan selaku jurufoto.