Home Berita PAS Kedah

Ziarah Mahabbah Kebajikan Pemuda dan Jabatan PASTI Kedah.

167
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 3 Nov – Ketua Pemuda PAS Kedah merangkap Ketua Penerangan PAS Padang Terap, Ustaz Nurul Amin Hamid bersama Pengerusi Majlis Guru-guru PASTI Kedah, Puan Jawariah Md Yakin dan Jabatan PASTI Kedah telah mengadakan ziarah Mahabbah dan kebajikan kelmarin.

Ziarah Mahabbah dan kebajikan ini bagi menziarahi keluarga Ustazah Sofiah Othman yang baru kehilangan suami tersayang baru ini di kampung Nako Nambua. Beliau adalah setiausaha Dewan Muslimat merangkap Timbalan MGPK dan Ketua Guru Pasti Al Amin Padang Terap.

Arwah meninggal disebabkan komplikasi jantung dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

“Di harap ustazah Sofiah terus tabah dan bersabar dengan ujian Allah ini, moga arwah Ustaz Salleh di tempatkan bersama para solihin,in sha Allah”,ujar Ustaz Nurul Amin.

Ustaz Nurul Amin menyampaikan sedikit sumbangan kebajikan kepada ustazah Sofiah dari Jabatan PASTI dan Pemuda PAS Kedah kelmarin.

Turut sama dalam kunjungan di kediaman beliau ialah Timbalan Pengarah 2 Jabatan PASTI Kedah Ustaz Ilyas Ahmad Ketua Pemuda PAS Padang Terap Ustaz Mohd Fadil Hadi,Ketua MGP Padang Terap Cikgu Azimah Mohd Nor dan jawatankuasa Majlis Guru-guru PASTI Kedah.