Home Uncategorized

Ziarah Kebajikan DMPNS menyantuni muslimat Kuala Selangor

418
SHARE

KUALA SELANGOR, 15 Ogos – Aktiviti ziarah kebajikan diteruskan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) DMPNS di beberapa rumah sekitar kawasan Kuala Selangor semalam. Ziarah telah diketuai oleh Pengerusi LKK DMPNS sendiri, iaitu Puan Hjh Mazni bt Othman.

Tiga buah rumah ahli PAS telah diziarahi oleh rombongan LKK DMPNS iaitu rumah seorang ibu tunggal, Puan Normala di Bt 25 Assam Jawa, rumah Puan Sariah yang merupakan warga emas di Kg Baru dan juga rumah Pn. Rabiah, mantan pimpinan DMPK Kuala Selangor di Taman Melawati Jaya.

Turut bersama dalam aktiviti ziarah tersebut adalah Ketua DMPNS Ustazah Hjh Wan Hasrina Wan Hassan, AJK LKK DMPNS Puan Rosnani, Pengerusi LKK DMPK Kuala Selangor serta beberapa orang AJK DMPK Kuala Selangor.

Dalam ziarah tersebut, pihak rombongan DMPNS bertanya khabar dan mendapatkan info terkini tentang keadaan mereka yang diziarah. DMPNS juga turut memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang telah diziarahi serta memberi sokongan moral kepada mereka.

#IslamMemimpinPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera