Home Berita PAS Kedah

Ziarah Kaum India Baling; PAS tidak pilih bulu atau rasis

266
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR,13 JULAI 2023-Mejar (B) Mansor Zakaria, Mantan ADUN Kuala Ketil bersama Dewan Himpunan Pemuda PAS (DHPP) Baling turun ke lapangan bagi meniarahi Kaum India di Kg Kuala Temekah, semalam.

Ziarah tersebut turut dijayakan bersama Dewan Muslimat DUN Kuala Ketil yang sering melaksanakan ziarah tidak kira masa dan hari.

Begitulah realitinya sebuah Parti PAS. PAS yang sering dianggap sebagai rasis kerana membawa dan mendaulatkan agama itu hanyalah  satu tanggapan dan bukannya realiti! Hakikatnya PAS  tidak memilih kaum dan agama untuk dibantu dan dihulurkan sumbangan.

Ziarah tersebut juga dibuat atas rasa perikemanusiaan dan ianya sangat bertepatan dengan slogan ‘PAS For All’ yang sering dilaungkan serta menjadi kebanggaan ahli-ahli DHPP.

Di sini, dapatlah kita lihat dan nilai bahawa PAS tidak hanya menjaga kebajikan yang beragama Islam sahaja, namun semua kaum turut disantuni dan disayangi kerana itulah hakikat sebenar ajaran Islam.

DHPP sebagai sayap PAS sama sekali tidak membawa agenda rasis tetapi berusaha menghulurkan sumbangan kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Itulah fungsi DHPP dalam PAS. Di samping menyatakan sokongan orang bukan Islam  terhadap PAS, dalam masa yang sama menjadi perantara PAS untk membantu mayarakat bukan Islam yang memerlukan bantuan.