Home Berita PAS Kelantan

Ziarah Kasih Ramadan ADUN Limbongan Siri 04

18
SHARE
BANDAR PASIR PUTEH, 26 Apr: YB Ustaz Mohd Nazlan, ADUN Limbongan bersama isteri, Ustazah Noraini serta Penghulu Mukim Bandar Pasir Puteh, Abe Zahari Bamboo menyantuni beberapa orang Warga Emas yang keuzuran dan Asnaf di Sekitar Bandar Pasir Puteh sekejap tadi.
YB Ustaz Mohd Nazlan yang juga Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Pasir Puteh turut menyampaikan sedikit bantuan dan pek Ramadan kepada meraka. Di antara mereka semua adalah Asnaf dan Warga Emas yang keuzuran dan mempunyai tanggungan yang ramai. YB Ustaz Mohd Nazlan akan membantu setakat yang termampu.

Mereka  mengucapkan terima kasih kepada YB Ustaz Mohd Nazlan dan kerajaan Negeri Kelantan atas keprihatinan terhadap mereka.