Home Berita PAS Johor

Ziarah Kasih dan Sumbangan kepada Adik Haura

400
SHARE

Oleh : Ajiez Yunos

SRI GADING, – PASTI Negeri Johor mengadakan ziarah kasih serta menyampaikan sumbangan kepada pelajar PASTI Al Farabi Sri Gading.

Adik Haura yang berusia 5 tahun akan menjalani pembedahan mata. Adik Haura menghidapi retinoblastoma stage B. Mata kiri adik haura telah dikeluarkan agar dapat mengurangkan risiko jangkitan ke mata kanan. Kini adik haura hanya bergantung hidup dengan sebelah mata sahaja.

Pihak pengurusan PASTI Kawasan Sri Gading telah melancarkan kutipan sumbangan. Kutipan yang dibuat telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM38,0000 dalam masa dua hari. Dan kini kutipan melalui akaun PASTI Kawasan Sri Gading telah ditutup.

Sumbangan teraebut telah disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Johor Ustaz Ahmad Nawfal Mahfozd di rumah ibubapanya di Taman Maju Bestari Parit Raja.

Pembedahan akan dijalankan pada 12 Mac di Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan pembedahan kali kedua untuk membuang implan lama dan gantikan implan baru, scan serta dimasukkan mata palsu yang baru.

Majlis Yang turut dihadiri oleh Yang Di Pertua Pas Sri Gading Left Kolonel (B) Ashari Sidon dan Pengurus PASTI Al Farabi Salihin Abdullah. “Kita doakan supaya pembedahan tersebut berjaya dan dipermudahkan segala urusan yang berkaitan” ujar Ashari Sidon.

Hadir bersama dalam ziarah tersebut ialah Ketua Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor merangkap Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor Azlan Alias, Pengarah Jabatan PASTI Negeri Johor Mohd Fairuz Alias, Ketua Pemuda PAS Kawasan Azrin Subari dan Ketua Muslimat PAS Kawasan Baesah Gasar.