Home Berita PAS Kedah

Ziarah kasih dan santuni tiga warga emas

189
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PEDU – Tiga warga emas Kampung Musa Mukim Pedu, Dun Pedu disantuni dalam program Ziarah Kasih.

Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, merangkap Ahli Majlis Daerah Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz bersama isteri ADUN Pedu, Puan Noraini Ali dan JPKK kampung Musa Nosnani Saad turun ziarah.

Menurutnya ketiga-tiga warga emas tersebut ialah Rokiah@Manis Arshad berumur 78 tahun, seorang ibu tunggal dan tinggal bersendirian di kediamannya sendiri.

Manakala Bedah Ali berumur 74 tahun, mengalami sakit saraf hampir setahun lebih dan tinggal bersama anak perempuan dan dua cucu. Beliau merupakan ibu tunggal dan bekerja sebagai pembantu kedai makan setelah kematian suami.

Dan warga emas yang ketiga Fatimah Mat Saman 91 tahun, tinggal bersama anaknya juga. Walaupun usia sebegini beliau masih boleh berjalan dengan baik serta menguruskan diri sambil di bantu oleh anak-anaknya.

YDP Azam mewakili pihak ADUN Pedu YB Mohd Radzi Md Amin bersama isteri YB menyampaikan sedikit sumbangan tanda ingatan kepada warga emas tersebut.

Turut sama turun ziarah bersama Pegawai Khas Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Pedu Mohammad Bin Talib, Ahli Jawatankuasa JPrD Pedu, Ahli Jawatankuasa HALWA Dun Pedu dan Ajk PKWR Dun Pedu