Home Berita PAS Pahang

Pimpinan Muslimat PAS Kuantan ziarahi guru-guru 18 PASTI tanda penghargaan

133
SHARE

Oleh: FARIDAH KAMARUDDIN 

KUANTAN, 14 Jun :: Dewan Muslimat PAS (DMP) Kuantan dengan kerjasama Majlis Guru PASTI (MGP) Kuantan dan Lajnah Pendidikan DMPK telah menyantuni lapan belas buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) seluruh Kuantan semalam. 

Pihak penganjur telah menyediakan sebiji kek bagi setiap PASTI sebagai tandahati dan menyantuni semua guru PASTI dan murid-muridnya dengan mesra dan senyum manis. 

Ketua DMP Kuantan Rosmani Mustafa telah mengetuai program yang  penuh ceria dan meriah itu diiringi Ketua Lajnah NGO Zainah Kebi, Ketua Lajnah Dakwah Nor Hariati Juhar, Bendahari Lajnah Pendidikan DMPK, Nasimah Harun bersama ahli-ahli jawatan kuasa masing-masing. 

Rosmani Mustafa berkata, “Edaran kek sempena Hari Guru ini merupakan program yang diadakan untuk meraikan guru-guru yang banyak berjasa dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak pra sekolah. 

“Selain itu untuk menghargai kegigihan guru-guru dan mengeratkan ukhwah antara pimpinan muslimat PAS dan guru-guru PASTI Kuantan,” tambah beliau. 

Hal yang sama disebut oleh Nor Hariati di dalam ucapannya selain berharap agar semua guru dapat merasai kemeriahan dan menjadikannya kenangan terindah dapat berbual mesra serta menjalin perkenalan dengan pimpinan-pimpinan DMPK.  

Program tersebut memberi kesan positif yang amat ketara dari riak wajah-wajah gembira guru-guru di sepanjang perjumpaan di 18 buah PASTI tersebut. Moga ianya akan terus membakar semangat mereka lagi untuk terus ikhlas dan gigih menabur bakti.