Home Berita PAS Sarawak

Ziarah Kamek Prihatin Menyantuni Achau

32
SHARE

Oleh : Zaitun Mohd Said

Bintulu, 11 Oktober – Program Ziarah Kamek Prihatin menyantuni Ahli DHPP RH Achau telah dilaksanakan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPKB, dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak, Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat Bintulu serta PAS Kawasan Bintulu.

Program ini turut dihadiri ketua LKK DMPNS, Ummi Habsah dan Suami, Cikgu Rashidi ,YDP PAS Bintulu, Ustaz Halim, Ketua LKK DMPKB serta wakil Jabatan Amal.

Kunjungan kami telah disambut timbalan tuai rumah, Encik Dris dan penghuni Rh Achau. Cikgu Rashidi mewakili PAS Sarawak telah menzahirkan rasa syukur & penghargaan kepada Ahli DHPP Rh Achau kerana telah banyak membantu dalam gerak kerja kempen pilihanraya PAS di Negeri Sarawak walaupun banyak cabaran dan dugaan yang mereka hadapi.

Dalam pada itu YDP PAS Kawasan Bintulu, Ustaz Halim turut memberi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Tuai & penghuni Rh Achau kerana sudi menerima kunjungan kami dengan baik sekali dan memberi kata-kata semangat kepada mereka serta turut mendengar permasalahan yang mereka hadapi.

Pihak Kami juga turut melawat Rumah Panjang Achau yang sedang dalam proses pembinaan serta memerlukan perbelanjaan yang besar.

Di samping itu Pihak kami turut memberikan sedikit sumbangan barang keperluan dapur kepada Ahli Rh Achau.

Semoga dengan adanya kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan ikatan ukhuwwah antara Ahli DHPP dengan PAS Kawasan Bintulu Dan PAS Negeri Sarawak.