Home Berita PAS Kedah

Ziarah empat warga emas di Kampung Barokhas

80
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

BAROKHAS – Setiap manusia diuji dengan pelbagai ujian, termasuk empat warga emas dari Kampung Barokhas yang mendapat perhatian Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz dan ADUN Kuala Nerang, YB Hj Munir @ Mohammad Yusoff Zakaria, baru-baru ini.

Mohd Yusop Demali,71 merupakan seorang bekas pemandu teksi yang mengalami lumpuh sebelah badan selama tiga tahun. Beliau diuruskan sepenuh masa oleh isterinya Jariah Yaacob, 61.

Selain itu, Ustaz Azam Bersama YB Munir turut menziarahi Siti Hajar Saman, 94, seorang warga emas yang kian uzur dan berkesempatan menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau.

Seterusnya, diziarahi Mek Ah Muhammad, 76, yang lumpuh separuh badan dan Tijah Abu, 86, pula mengalami sakit pinggang selama dua tahun sehingga beliau tidak dapat berjalan.

 

Memahami keadaan keuzuran warga emas tersebut Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz bersama ADUN Kuala Nerang YB Hj Munir @ Mohammad Yusoff Zakaria, menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka.

Turut sama hadir ialah Ahli Jawatankuasa JPrD dan HALWA Dun Kuala Nerang.