Home Berita PAS Perlis

Himpunan jentera bakar semangat hadapi PRU15

89
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

PADANG BESAR, 7 Ogos: Program Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Padang Besar yang berlangsung baru-baru ini menjadi medan membakar semangat ahli menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Ustaz Muhammad Azmir, bilangan peserta yang hadir memberi isyarat yang jelas betapa PAS kawasan berkenaan sedia menghadapi PRU15 pada bila-bila masa sahaja.

“Kita tidak boleh menunggu sehingga dibubarkan parlimen, baru hendak mempersiap jentera dan menyusun gerak kerja pilihan raya, itu sudah terlewat.

“Sebab itulah, PAS kawasan telah bergerak lebih awal untuk itu (hadapi PRU15) dan Alhamdulillah kehadiran lebih 250 orang penggerak jentera pilihan raya pada hari ini menandakan PAS Kawasan Padang Besar telah bersiap sedia,” katanya.

Ujarnya lagi, kehadiran Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin pada program di Kompleks Tarbiyyah PAS Kawasan Padang Besar ( KOMTAR ) itu turut menyuntik semangat para petugas yang hadir.

“Selain memberikan motivasi kepada para petugas yang hadir, beberapa pengarahan terkini turut diberikan untuk dilaksanakan di semua peringkat jentera pilihan raya,” jelasnya.