Oleh AINUL SUMAYYAH
NAKA – Unit Pengundi Wanita (UPW) DUN Pedu mengadakan aktiviti ziarah penduduk kampung yang sakit dan uzur di sekitar Naka, baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, YB. Hj Mohd Radzi Md Amin dan isteri Puan Noraini Ali turun bersama menziarahi mereka yang sakit dan uzur.
Menurut Pengarah JPrD Pedu, Ustaz Mohammad Kassim, antara yang diziarahi ialah di jalan Kubang Juluk, Puan Sopiah Lateh yang mengidap penyakit kanser, Kampung Bendang, Tok Teri Mohd Tajul Ariffin pesakit buah pinggang dan kencing manis, Samsiah Abdul Rasyid sakit tua,Kampung Lebai Saman, Che Bashah Hussain, Zaiton Man dan Kampung Masjid Baru Sharifah Saad, pesakit batu dalam hempedu.
Manakala UPW DUN PEDU juga menyantuni anak muda pengundi baru dan menyampaikan sedikit sumbangan tanda ingatan.
Justeru itu YB turut menyampaikan sedikit sumbangan tanda ingatan kepada mereka yang di ziarahi dan mendoakan agar cepat sembuh.
Turut serta Ahli Jawatankuasa Unit Pengundi Wanita DUN Pedu.