Home Berita PAS Perlis

Gerai Prihatin PN Bintong dapat sambutan hangat

222
SHARE

Oleh AHMAD AZAMUDDIN

KANGAR, 22 Okt: Gerai Prihatin Rakyat yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional (PN) Kangar baru-baru ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.

Tinjauan di lokasi program mendapati, orang ramai datang seawal jam 9 pagi lagi untuk mendapatkan barangan yang dijual pada harga yang berpatutan.

Berlangsung di Markas PAS Padang Kota, Kampung Nesam, pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam, telur, beras, bawang besar dan kentang yang dijual secara set pada harga RM30 satu set.

Antara yang hadir menyantuni rakyat pada program berkenaan ialah Timbalan Pengerusi PN Perlis, Bakar Hamzani dan Ketua Pemuda PN Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil.

Sementara itu, Ustaz Asrul yang ditemui berkata, hampir 1000 set jualan terjual untuk masyarakat seluruh Kangar.

“Perlaksanaan Gerai Prihatin Rakyat ini sebenarnya adalah satu usaha serius Perikatan Nasional (PN) khasnya di negeri Perlis sebagai satu usaha meringankan beban rakyat.

“InsyaAllah, program seumpama ini akan dijalankan secara berkala supaya dapat membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama membantu menjayakan gerai berkenaan terutamanya urusetia PN DUN Bintong bagi menjayakan program ini.