Home Kenyataan Media PAS Perlis

Arahan Penangguhan Semua Program Parti Di Negeri Perlis

427
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS NEGERI PERLIS
ARAHAN PENANGGUHAN SEMUA PROGRAM PARTI DI NEGERI PERLIS

1. Susulan peningkatan ketara kes Covid-19 di negeri Perlis, Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis mengarahkan penangguhan program-program parti berkuatkuasa esok, Selasa, 19 Januari 2021.

2. Arahan penangguhan ini melibatkan semua jenis aktiviti termasuk program kuliah di semua premis milik parti.

3. Tindakan ini bagi membantu membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

4. Justeru, ahli PAS di seluruh peringkat di negeri ini diminta mematuhi arahan ini yang berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

5. Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis juga menyeru seluruh ahli PAS agar terus mematuhi SOP serta mengadakan solat hajat di kediaman masing-masing memohon kepada Allah agar penularan wabak di negara ini dapat dihentikan segera.

MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
18 Januari 2021 | 5 Jamadil Akhir 1442H