Home Artikel PAS Johor

ZIARAH AS SABIQUN PAS PENGERANG

108 views
SHARE

ZIARAH AS SABIQUN PAS PENGERANG

PENGERANG – PAS Kawasan Pengerang telah melaksanakan Program Ziarah Mahabbah as Sabiqun PAS di kawasan PAS Cawangan Felda Adela, hari ini.

Program yang dikelolakan oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Pengerang ini turut melibatkan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengerang, Abdul Rashid bin Sihap, Ketua Dewan Muslimat PAS Pengerang, Salmah Ahmad serta beberapa pimpinan kawasan yang lain.

Dalam program ziarah kali ini, sebanyak 4 as Sabiqun sempat untuk diziarahi.

Mereka yang diziarahi turut menyatakan sokongan terus menerus mereka terhadap perjuangan PAS bahkan faham terhadap perjuangan PAS semasa dalam menyatu padukan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

Abdul Rashid berkata, “program ziarah as Sabiqun ini akan diteruskan secara berkala agar ahli-ahli PAS veteran ini tidak rasa tidak dihiraukan.

“Terima kasih kepada Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Pengerang yang telah mengelolakan aktiviti yang sangat baik seperti ini”, katanya