Home Artikel PAS Pulau Pinang

PAS Nibong Tebal kehilangan aktivis AMAL komited

175 views
SHARE

Oleh: Wardah Abdul Rahman

NIBONG TEBAL: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Nibong Tebal kehilangan anggotanya yang komited, Rohizan Khalib, 44 yang meninggal dunia, di sini tengahari semalam.

Allahyarham yang juga AJK PAS Kawasan Nibong Tebal itu, rebah di tempat kerja dipercayai mengalami serangan jantung, sebelum digegaskan ke Hospital Sungai Bakap.

Aktivis gigih dan aktif dalam kerja-kerja parti bersama Amal ini telah meninggalkan seorang balu dan empat anak yang masih kecil menetap di Kampung Kebun Baru Changkat.

Jenazah arwah yang tiba dari hospital disambut dalam suasana sayu dan pilu oleh kaum keluarga sebelum disempurnakan pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Changkat.

Hadir sama menziarahi jenazah adalah Ketua Ulamak PAS Pulau Pinang, Ustaz Tajuddin Abu Bakar, Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff, dan pimpinan PAS Kawasan serta ramai lagi.