Home Berita PAS Melaka

Ziarah Ameerah Care Tangga Batu santuni ibu muda

391
SHARE

Oleh : Nor Hidayah

TANGGA BATU, 16 Feb : Bagi meneruskan misi kebajikan untuk masyarakat, Ameerah Tangga Batu kini giat menganjurkan Ziarah Ameerah Care (ZAC) bagi menyantuni ibu muda di sekitar Parlimen Tangga Batu.

Salah satu daripada program ini berlangsung kelmarin yang diadakan bagi membantu kaum ibu daripada latarbelakang golongan berpendapatan sederhana (B40) dan mempunyai anak kecil.

Usaha ini mendapat sambutan baik daripada kaum ibu yang disantuni di mana sumbangan yang diberikan adalah berbentuk bekalan susu dan lampin pakai buang melibatkan sembilan orang penerima.

sumbangan yang diberikan adalah berbentuk bekalan susu dan lampin pakai buang melibatkan sembilan orang penerima.

ZAC adalah program berķala yang dijalankan pada setiap minggu di mana program ini sekaligus bertujuan untuk memperkenalkan PAS pada masyarakat setempat.

Turut serta dalam Ziarah Ameerah Care kali ini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tangga Batu, Anida Haron dan Ketua Dewan Pemuda Kawasan Tangga Batu, Redha Mahadi.