Home Berita PAS Pahang

ADUN Panching meriahkan Tahun Baru Cina

519
SHARE

Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching dengan Kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Paya Besar telah mengadakan program menyantuni masyarakat Tionghua bertempat di Taman Tas dan Kampung Panching dekat Kuantan pada 11 Februari lalu. Program ini diadakan bersempena perayaan Tahun Baru Cina bagi tahun 2021.

ADUN Panching Yang Berhormat Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya telah menyampaikan sumbangan berupa hamper kepada para peniaga tionghua serta pemberian berbentuk keperluan asas harian kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Turut mengiringi ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Paya Besar, Md Yusop Harun, Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Panching, Mohamad Azhar Mohd. Noor, dan Timbalan Pengerusi MCA Pandan Permai, Cheng Min Heng.

Sebanyak 50 hamper dan 20 kotak barangan keperluan asas telah dihantar terus ke premis-premis perniagaan dan ke rumah-rumah dengan mematuhi SOP yang ketat. Rata-rata para penerima merasa gembira dan menyambut baik usaha yang murni ini.

Di kesempatan ini juga Ustaz Tarmizi telah mengambil peluang beramah mesra dengan peniaga dan penduduk yang sebahagiannya telah dikenalinya sejak lama dahulu

Program menyantuni masyarakat Tionghua ini sememangnya diadakan setiap tahun semenjak Ustaz Tarmizi belum menjadi wakil rakyat lagi. Beliau sentiasa berharap program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum di dalam negara kita serta dapat membina masyarakat yang lebih sejahtera dan aman damai.