28 September 2020
PAYA BESAR : Muslimat PAS Pandan 1 membuat ziarah rutin dicawangan dengan melawat sahabat-sahabat yang sakit.
Ziarah yang menjadi agenda wajib sebulan sekali diadakan secara rutin setelah tamat usrah bertujuan mengeratkan silaturrahim dan bertanya khabar kepada sahabat-sahabat yang sakit, ziarah ibu bersalin, ziarah ibu tunggal, ziarah anak yatim dan sebagainya.
Turut hadir ialah isteri ADUN Panching, Ustazah Rosmawati Bohari yang mewakili Yang Berhormat Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya.
“Program ziarah ini perlu diteruskan dari masa ke semasa walaupun sedikit rumah yang dapat turun, namun dilakukan secara rutin, dengan ini kita dapat mengeratkan silaturrahim dan mengetahui keadaan sabahat-sahabat dan keadaan kampung kita”, kata Ustazah Rosmawati mengulas lanjut mengenai program ziarah yang diadakan ini.
Penulis: Azura Awang