Home Artikel PAS Melaka

Pena editor Melaka : Covid-19, tenangkan politik, elakkan pilihanraya

325
SHARE

KITA baru sahaja selesai dengan Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah. Warisan-PH telah pun berjaya kita tewaskan. Namun di sebalik itu kita terpaksa pula berdepan dengan penularan Covid-19 yang menjadi-jadi disebabkan PRN Sabah ini.

Jika kita lihat pada statistik sepanjang 14 hari lepas, daripada 16 September hingga semalam, ada lima hari mencatatkan kes baharu lebih 100 kes, tujuh hari lagi mencatat kes antara 50 hingga 100 dan hanya dua hari sahaja mencatatkan kes baharu bawah 50 kes. Tiga hari berturut sehingga semalam kes Covid-19 mencatat kes melebihi 100 kes sehari.

Ini suatu yang sangat membimbangkan. Dan kebanyakan kes yang berlaku adalah di Kedah dan Sabah dan juga daripada mereka yang baru pulang dari kedua-dua negeri ini. Ramai petugas-petugas parti yang baru pulang dari Sabah yang telah dijangkiti Covid-19.

Saya sangat berharap agar semua pihak dapat menjaga kestabilan politik agar tidak berlaku apa-apa pilihanraya yang disengajakan dalam tempoh ini. Ambillah pengajaran dari PRN Sabah ini. Akibat daripada kegelojohan Warisan-PH yang tidak memikirkan kepentingan dan keselamatan rakyat akhirnya PRN terpaksa dilakukan dan Covid-19 makin menjadi-jadi.

Saya merayu semua pihak tolonglah jaga kestabilan politik negara pada masa sekarang ini. Kita tidak mahu ada lagi pilihanraya (kecuali kerana kematian wakil rakyat) dalam tempoh yang sangat kritikal ini.

Semua parti politik jangan hanya memikirkan soal kuasa dan kepentingan parti sendiri sahaja. Fikirkan rakyat ramai. Jangan perjudikan nyawa rakyat untuk mendakap kuasa. Jangan ada apa-apa desakan untuk mengadakan Pilihanraya Umum (PRU) dalam masa terdekat ini.

Anwar dan PH juga jangan sibuk nak jatuhkan kerajaan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya berlakunya PRU. Tolonglah letakkan kepentingan rakyat di depan. Tolonglah!

IBNU JANIE
• Editor Berita PAS Melaka
• Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)