Home Artikel PAS Melaka

Aduan rakyat : Lampu jalan Batu Berendam tidak berfungsi

288
SHARE

Oleh : Siti Hajar

HANG TUAH JAYA, 30 Sept : Seorang pengguna jalan raya yang tidak mahu namanya didedahkan, meluahkan rasa tidak selamat kerana terpaksa melalui jejambat yang gelap tanpa cahaya lampu jalan setiap kali beliau menunggang motosikal menghala ke kawasan perindustrian Batu Berendam, Kampung Batu Hampar di sini semalam.

Beliau yang juga penduduk tempatan di sekitar kawasan berkenaan mengadu bahawa kerosakan lampu jalan tersebut amat menganggu penglihatan pada waktu malam apabila ingin menggunakan kedua-dua bahagian Jalan Batu Berendam yang terletak berhadapan bangunan SIRIM.

“Kadangkala saya perasan kenderaan yang lalu-lalang di jalan ini terpaksa menggunakan lampu tinggi untuk membantu melihat dengan lebih jelas.

“Saya harap Pihak Berkuasa Tempatan segera perbaiki lampu jalan. Risau mengundang kejadian yang tidak diingini”, ujar beliau kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM).

Tinjauan WARM mendapati kesemua lampu sepanjang Jalan Batu Berendam yang berhadapan bangunan SIRIM, stesen minyak SHELL dan Petronas memang tidak berfungsi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)