Home Berita PAS Johor

Zakiah Tukirin Ketua Muslimat baru Johor

504
SHARE

 

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Johor Bahru,24 Oktober : Zakiah Tukirin sah dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, (DMPNJ) semalam di sidang muktamar Muslimat Johor ke 33 yang diadakan secara maya melalui zoom.

Beliau yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Bendahari Muslimat PAS Johor dilantik sebagai ketua Muslimat yang baharu menggantikan Fatimah Ismail.

Zakiah yang menang tanpa bertanding sebelum ini menunjukkan prestasi yang mengagumkan semasa menjawat jawatan bendari Muslimat PAS Johor sebelum ini.

Berlatar belakangkan profil diri yang cemerlang dalam ekonomi, beliau juga cukup aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang mana, beliau turut menguruskan agihan bantuan untuk asnaf dan golongan terjejas sepanjang PKP lepas.

Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Aminah ini juga berpengalaman berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menguruskan aduan orang awam dan bagi permohonan bantuan.

Dalam menerajui kepimpinan Muslimat Johor sesi 2021/2023 ini beliau turut dibantu oleh Timbalan ketua, Zhuliana Ambok Dalek dan Naib Ketua, Sabariah Mohd Amin di samping 10 orang jawatankusa kerja lain.