Home Berita PAS Johor

Ahmad Nawfal kekal Ketua Pemuda PAS Johor

362
SHARE

Oleh ABU HADIF

SIMPANG RENGGAM, 24 Okt : Ahmad Nawfal Mahfodz mengekalkan jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor bagi sesi 2021-2023 apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke 49 yang berlangsung semalam, di sini.

Pada masa yang sama, jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua menyaksikan Ustaz Azlan Alias dan Mohd Firdaus Jaafar juga diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Negeri sebagai menang tanpa bertanding.

Pemilihan kali ini juga menyaksikan sepuluh jawatankuasa yang dipertandingkan dan mereka yang telah terpilih dalam pemilihan, ialah ; Mohd Fairuz Alias, Iqbal Ghani Ismail, Mohd Ridzuan Nazri, Syed Miftah Ulum Syed Mustafa Kamal, Mohd Ilhan bin Sani, Mohd Ridhwan Salamun, Muhammad Nazeri Abu Hashim, Arif Ainuddin Razali, Dr. Mohd Asraf Ismail dan Mohd Ekhwan Nazari Mohd Nazari.

Manakala Pengerusi Tetap kekal disandang oleh Ustaz Mohd Zarul Salleh yang menang tanpa bertanding manakala Timbalan Pengerusi Tetap dimenangi oleh Ustaz Wan Syuharidwan Omar mengalahkan calon lain.

“Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing pada sesi kali ini,” ujar pengerusi pemilihan, Ustaz Khalid Salikin ketika mengumumkan senarai nama yang terpilih.

Menurutnya lagi, kesemua Dewan Pemuda kawasan dengan empat orang setiap kawasan telah menunaikan tanggungjawab hadir sebagai perwakilan memilih secara e-votting bagi pemilihan Jawatankuasa sesi 2021-2023 mengikut masa yang ditetapkan.

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ke 49 kali ini diadakan secara hybrid di Pejabat Dewan Pemuda PAS Johor, dengan pembahagian perwakilan mengikut zon kawasan ke beberapa premis PASTI yang berdekatan.

Muktamar pada kali ini juga dilangsungkan dengan agak ketat yang mana semua jawatankuasa, perwakilan dan urus setia yang hadir mesti telah divaksinasi dua dos lengkap serta melakukan ujian kendiri pengesanan Covid-19, yang dikendalikan oleh petugas dari anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor.