Home Berita PAS Kelantan

YTM Tengku Mahkota Kelantan berkenan hadir ke Sambutan Maulidur Rasul 1444H peringkat Negeri Kelantan

103
SHARE

KOTA BHARU, 9 Oktober: Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Al- Marhum Sultan Ismail Petra berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan di Masjid Muhammadi, semalam.

Ketibaan baginda pada sekitar pukul 7 malam turut disambut oleh YBM Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta Timbalan Yang DiPertua MAIK.

Turut sama hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Kelantan, Kerabat-kerabat D’Raja Kelantan, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Sejurus selepas itu, baginda kemudian berkenan menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama-sama rakyat di sekitar Kota Bharu dan mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan Dr Muhammad Zain Mahmood yang juga Tokoh Hijratul Rasul bagi tahun 2022.