Home Artikel PAS Melaka

YDP TANGGA BATU BERSAMA RASAI KEMERIAHAN HARI PERTAMA PASTI

176
SHARE
YDP Tangga Batu, Bakri Jamaluddin ditemani Ketua Penerangan, Mohammed Saufee Othman melawat PASTI sekitar Tangga Batu

Oleh : KAMIL SAUFEE

TANGGA BATU : Sempena pembukaan sesi persekolahan 2020 hari ini, semalam, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin mengambil kesempatan untuk sama-sama merasai kemeriahan dengan melawat beberapa buah PASTI dalam Kawasan Tangga Batu.

Antara PASTI yang dilawati ialah PASTI Al Huda, Bukit Rambai, PASTI Ad Dhuha Tangga Batu yang juga merupakan PASTI yang baru dibuka untuk tahun 2020 ini dan lawatan berakhir di PASTI Aishah, Paya Rumput Jaya.

Dalam lawatan tersebut, Bakri sempat beramah mesra dengan ibu bapa dan guru dengan bertanya khabar sambil melayan pelbagai ragam anak-anak PASTI.

Turut sama menyertai program lawatan tersebut Timbalan Yang Dipertua, Rafie Ahmad dan Ketua Penerangan PAS Tangga batu Mohammed Saufee Othman.