Home Berita PAS Kedah

YDP Pdg Terap bawa mesej perpaduan Ramadhan

219
SHARE
Oleh: SITI AMINAH ZAMILUDDIN | 23 April 2021
PADANG TERAP – Ibadah puasa dan tarawikh di bulan Ramadhan secara berjemaah hakikatnya antara rahmat Allah kepada umat Islam dalam mencapai tujuan penyatuan dan ukhuwah Islamiyah.
Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz telah memenuhi jemputan bagi Solat Tarawikh dan Tazkirah Ramadhan di Surau Kampung Bendang Tok Teri, Naka, di sini kelmarin.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa PAS Padang Terap dan DUN iaitu Mohadzir Abdullah dan Yusuf Abdul Rahman serta kehadiran ahli kariah cawangan tersebut.
Ustaz Mohd Azam dalam pengisian tazkirah Ramadhannya itu menyampaikan kupasan bertajuk ‘Memohon Amalan Di Bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan’ .
“Hadis Nabi Muhammad tiga kali mengaminkan doa semasa Nabi naik ke mimbar. Lalu Nabi berkata kepada Sahabat, yang mana Jibrail datang bertemu dengannya. Lalu Jibrail berkata “Barang siapa yang tidak dapat keampunan di bulan Ramadhan, celakalah dia dan nerakalah tempatnya,” ujarnya.
Kupasan tersebut menyatakan ketinggian dan kelebihan Ramadhan yang mesti menjadi rebutan kepada setiap Mukmin tetapi jika sebaliknya boleh membawa kepada penyesalan.
Ustaz Mohd Azam juga ada menyebut dan memberi pesanan kepada semua hadirin supaya berbuat baiklah terhadap ibu bapa mereka selagi mereka masih ada di dunia dan memperbanyakkan selawat.
“Moga dengan sedikit perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat buat kita bersama di bulan yang penuh barakah ini,” tambah Ustaz Mohd Azam mengakhiri tazkirah tersebut.