Home Artikel PAS Melaka

YDP PAS Tangga Batu arah Jabatan Amal bantu mangsa banjir 24 jam

105
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 18 Mei : Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin telah mengeluarkan arahan agar Jabatan Amal Malaysia (JAM) kawasan ini memberikan bantuan 24 jam kepada mangsa banjir di sekitar kawasan ini.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Tangga Batu, Ibnu Ibrahim dalam satu kenyataan yang dihantar ke Bilik Berita Wartawan Rakyat Melaka (WARM) petang semalam.

Menurut Ibnu, hujan lebat lebih enam jam yang berlaku pagi semalam telah menyebabkan 13 keluarga mangsa banjir di sekitar kawasan Tangga Batu terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama JAIM Tanjung Minyak 2, selepas kediaman mereka dinaiki air.

“Bergegas ke lokasi tersebut, YDP PAS Kawasan Tangga Batu, Tuan Haji Bakri Jamaluddin segera mengarahkan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Tangga Batu untuk membantu mana-mana pihak yang terbabit serta bersedia sepanjang masa.

“Antara kerja-kerja yang giat dilakukan ialah membantu membersihkan kawasan rumah yang mengalami banjir, membantu menyediakan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta menghantar bantuan makanan kepada mangsa yang terlibat,” ujar beliau di dalam kenyataan itu.

Tambah beliau lagi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Minyak, Ustaz Shafiq Ismail turut sama dalam memastikan segala persiapan mangsa berada di dalam keadaan yang terbaik dan berusaha memastikan tiada mangsa yang tercicir.

Operasi bersepadu itu turut melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR), JPM, Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah (MBMB), Polis dan KKM yang segera turun ke tempat kejadian selepas menerima laporan.

 

 

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .