Home Berita PAS Selangor

Anak murid PASTI menyumbang kempen #Aid4Palestine – Pengarah PASTI Selangor

35
SHARE

“PASTI D’Hati” | Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Kuala Selangor | Anak-anak murid PASTI seluruh negara menyahut seruan Ketua Pengarah PASTI Malaysia agar turut sama menyumbang bagi tanda kebersamaan dan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

May be an image of child and standing

Menurut Pengarah PASTI Selangor Us Faizol Endut yang juga merupakan Pengerusi PASTI Kawasan Kuala Selangor, beliau melahirkan perasaan bangga dan merasa terharu dengan prihatin warga PASTI khususnya dikalangan anak-anak PASTI. Sebaiknya anak-anak sedari kecil diajar serta dididik supaya cakna dan sayang kepada saudara kita di Palestine.

No photo description available.

Beliau pagi ini turun meninjau operasi PASTI yang dibenarkan oleh pihak kerajaan bagi membantu penjagaan anak-anak disebebkan sebahagian mereka adalah bekerja dan sebagai frontliner.

“Bermula hari ini, rancak di setiap PASTI seluruh Selangor adakan kempen RM1 untuk mu Palestine, guru-guru menyediakan tabung dengan pelbagai bentuk bagi menarik minat anak-anak menginfak dan digerakkan tabung juga kepada ibubapa,” menurut Us Faizol lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor