Home Artikel PAS Melaka

YDP PAS Masjid Tanah Mewakili Timbalan Menteri MEDAC Agih Zakat Bank Rakyat

346
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH : Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman telah mewakili Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin mengagihkan sumbangan zakat Bank Rakyat kepada asnaf sekitar Parlimen Masjid Tanah dalam satu majlis di sini semalam.

Seramai 25 orang asnaf terpilih sekitar kawasan Parlimen Masjid Tanah ini telah menerima zakat berupa wang tunai bernilai RM120 setiap seorang dalam program yang dijalankan di PASTI Ar-Rahman Pengkalan Balak.

Selain itu, seramai 10 orang anak yatim yang berumur empat hingga 12 tahun turut menerima sumbangan berupa duit raya bernilai RM35 dan hamper.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin atas kepercayaan beliau kepada pihak PAS Kawasan untuk mengagihkan zakat ini kepada pihak asnaf.

“Kita percaya bahawa kerjasama ini ini membuktikan bahawa semangat Perikatan Nasional (PN) ini akan terus subur terutama antara PAS dan Bersatu demi untuk kebaikan dan faedah untuk rakyat.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin khasnya kepada seluruh umat Islam pengundi-pengundi di Parlimen Masjid Tanah ini dan juga kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT dengan berkat bulan Ramadan yang bakal meninggalkan kita dan Syawal yang bakal menjelang tiba ini.” ujar beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)