Home Artikel PAS Kedah

Syawal : Kemenangan berganda buat kita semua

456
SHARE

PERUTUSAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI KETUA PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
23 Mei 2020

Syawal merupakan bulan kemenangan. Kemenangan selepas sebulan berpuasa dan menghidupkan malam Ramadan.

Selain daripada menang menjalani ibadah bulan Ramadan, syawal kali juga cukup bermakna kerana atas nama Pakatan Nasional, Kerajaan Negeri Kedah dipimpin oleh menteri besar baharu daripada jemaah yang kita dokongi.

Cuma kita masih lagi bertarung untuk menghadapi kemenangan yang dinanti iaitu menghadapi musuh COVID 19.

Sebagai rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Kedah, COVID 19 memberi penyatuan kepada kita. Dikala kita berbeza pandangan disebabkan perbezaan aliran pemikiran dan sebagainya, tetapi kita bersatu dalam melawan COVID 19.

Allah SWT berfirman di dalam surah Al Nasr ayat 1 – 3 maksudnya :

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (1) Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai (2). Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat (3).

Mengambil ibrah daripada ayat sempena kemenangan pembukaan fathul Makkah ini, saya ingin mengajak kepada semua ahli pemuda untuk memperbanyakkan takbir, tasbih dan taubat dalam menyambut aidil fitri pada kali ini.

Menghidupkan Ramadan sehingga sampai ke syawal adalah kemenangan. Memimpin Kerajaan Negeri Kedah juga adalah satu kemenangan.

Marilah sama-sama kita menghidupkan malam 1 syawal dengan melaksanakan solat sunat taubat dan hajat supaya Allah mengekalkan kemenangan kepada kita. Jika kita berkemampuan, dimalam 1 syawal ini marilah kita melaksanakan solat sunat tasbih tanda syukur kita kepada Allah diatas kemenangan yang kita nikmati ini.

Akhir kalam, saya mewakili seluruh saff kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam khususnya anak muda Kedah, maaf zahir dan batin.

Sambutlah Aidil Fitri dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran dalam lingkungan syariah tanpa melanggari batasan agama, saling bermaafan dan ziarah menziarahi bagi memupuk semangat persaudaraan yang sejati antara satu sama lain serta mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Teruskan perjuangan, jihad menuju kemenangan ! Maaf Zahir dan Batin.

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, WALILLAHILHAMD.

Ingatan Tulus Ikhlas

USTAZ NURUL AMIN BIN HAMID
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

#syawal1441h
#DPPNK
#rayaathome