Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
PADANG TERAP, 22 Feb – Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz bersama ADUN Kuala Nerang, YB Hj Munir@Mohammad Yusoff Zakaria turun menziarahi mangsa ribut yang mengalami kerosakan rumah akibat bencana yang melanda beberapa kawasan di sini dalam kejadian pada petang Ahad.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, inilah yang dirasai oleh penduduk kampung di Kampung Nai Teh, Kampung Kuala Pai, Kampung Sena dan Kampung Baking akibat ditimpa musibah angin ribut.
Sejurus selepas mendapat maklumat tentang penduduk kampung yang dilanda ribut, Ustaz Mohd Azam dan YB Munir bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, selain rumah penduduk, masjid dan dewan orang ramai turut rosak akibat hujan lebat dan ribut yang melanda kawasan itu.
Tambah beliau, rumah Ketua JPKK Kampung Nai Teh Hassan Napiah turut terkesan akibat bencana ini.
“Semoga mangsa ribut dapat brtabah dengan ujian dari Allah ini, mungkin ada hikmah di sebalik musibah ini,” ujar YB Munir.