Home Berita PAS Kedah

Jambatan runtuh Kampung Padang Cina akan dibina segera

188
SHARE

Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR

KUPANG – Jabatan Padang Cina yang runtuh akibat bencana banjir kilat tahun lalu akan dibina semula kerajaan negeri Kedah dengan  secepat mungkin.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Ustazah Ashah Ghazali selepas meninjau keadaan jambatan tersebut hari ini.

“Projek ini akan dibina secepat mungkin kerana ia merupakan jabatan yang menghubungi penduduk untuk menghantar anak ke sekolah.

“Laluan utama ini penting  bagi kegiatan sosial dan ekonomi  penduduk Padang Cina, Kampung  Lela serta Kampung Landak Hilir,”katanya kepada pemberita.

Turut hadir dalam tinjauan itu adalah  Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral ( B) Datuk Najmi Ahmad bersama Kementerian  Pembangunan  Luar Bandar (PKLB) Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.