Home Artikel PAS Melaka

YDP PAS Alor Gajah Santuni Penduduk DUN Gadek Dalam Program Kasih Ramadan

280
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

ALOR GAJAH : Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin telah menyantuni penduduk sekitar DUN Gadek dalam satu program yang dinamakan ‘Program Kasih Ramadan di sini kelmarin.

Beliau diiringi oleh Timbalan Ketua Pemuda (TKP) PAS Kawasan Alor Gajah, Mohd Afif Che Roselam di dalam program ini telah menghulurkan bantuan kepada beberapa keluarga yang tinggal di sekitar Kampung Gadek, Ganun dan Dalong sempena Program Kasih Ramadan Gadek ini.

Menurut Syahbudin, tujuan program ini dijalankan adalah untuk meringankan beban ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) khususnya penduduk sekitar Dun Gadek.

Di dalam program tersebut beliau telah menyampaikan kit makanan asasi dengan dibantu oleh beberapa orang AJK JPrD PAS Gadek dan RELA dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Syahbudin, program ini akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan untuk membantu lebih ramai lagi masyarakat di Dun Gadek.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)