Home Artikel PAS Pahang

Dato’ Tuan & ADUN Jengka Ziarah veteran PAS

886
SHARE

Al Fadhil YB Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Al Fadhil YB Ustaz Shahril Azman (ADUN Jengka) menziarahi veteran Pas Sekitar Wilayah Jengka yang pernah bersusah payah untuk mendokong perjuangan Pas semenjak Pas bertapak di bumi Jengka ini.

Kebanyakkan daripada mereka ini agak uzur dek kerana faktor usia dan menghidap pelbagai penyakit. Semoga ada sinar untuk mereka dan segala penat lelah yang mereka korbankan untuk Islam, akan di nilai sebagai kebajikan di sisiNya

Mereka juga adalah orang lama PAS (Veteran yg uzur) sekitar Wilayah Jengka yang pernah sezaman bergelumang dan membantu Dato’ Timbalan Presiden sewaktu menjadi ADUN Jengka 1999- 2004.

Antara yang sempat di ziarahi pada hari ini ialah Hj Kamaruddin Jengka 19 bekas bendahari Pas Kawasan, Hj Abu Hasan Setiausaha Pas Cawangan J 18, Hj Syed Jamaluddin Jengka 17 bekas ketua cawangan serta ajk Pas Kawasan, Hj Ismail bekas Ketua Cawangan Jengka 16, Hajjah Asmah bekas Ketua muslimat Jengka 15, Ustaz Mat Bekas Ketua Cawangan Pas Jengka 14, Imam Azudin bekas AJk Pas Maran yg juga imam masjid jengka 3, Ustaz Wahab Ajk Urusan Ulama Pas Maran yg juga Imam Masjid Jengka 5 dan Hj Ali Jengka 2 bekas Ajk Pas Maran.

Semoga ziarah ini mendapat keberkatan dan mereka yg uzur ini diberi kesembuhan dari Allah swt.