Home Artikel PAS Melaka

YDP PAS Alor Gajah Iringi Rospandi Serah Bantuan Kepada Mualaf.

807
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

ALOR GAJAH : Yang Dipertua PAS Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin telah mengiringi Timbalan Ketua Bahagian UMNO Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman menyerahkan bantuan mesin jahit kepada seorang mualaf yang kurang berkemampuan.

Selain mesin jahit, Salwa Selvakumari Abdullah, seorang mualaf yang juga merupakan seorang ibu tunggal turut menerima sumbangan wang tunai dari Rospandi.

Turut hadir dalam program itu Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Melaka, Cikgu Hishammudin Abu Bakar dan Mursyidul Am UMMAH Melaka, Ustaz Abdul Halim Maidin.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)