Home Artikel PAS Pusat

Terima Kasih “Frontliners”

732
SHARE

 

Alhamdulillah, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan bahawa Negara memasuki Fasa Pemulihan #PerintahKawalanPergerakan dalam melawan pandemik #Covid19.

Fasa Pemulihan bermula hari ini, 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Pelbagai ranjau dan duri telah berjaya ditempuhi dengan kerjasama semua pihak, sama ada pihak kerajaan mahupun rakyat Malaysia.

Walaupun kita masih belum bebas sepenuhnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan yang berkhidmat sejak PKP dilaksanakan.

Terima kasih ‘frontliners’ , kalian hero Malaysia!