Home Artikel PAS Melaka

YDP PAS Alor Gajah edar bantuan di DUN Rembia

257
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 14 Feb : Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin telah mengetuai program ziarah di DUN Rembia bagi menyampaikan sumbangan berbentuk barangan dapur kepada beberapa keluarga yang memerlukan di sekitar DUN ini, di sini, kelmarin.

Program sumbangan yang dijalankan dengan penuh ringkas dan berskala kecil demi menjaga amalan pencegahan Covid-19 ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah (DPPKAG).

Dalam program tersebut, Ustaz Syahbudin turut menyeru seluruh ahli PAS supaya terus istiqamah menjalankan kerja jemaah tidak mengira faktor bertanding atau tidak.

“Sebenarnya bukanlah jemaah yang memerlukan kita bahkan kitalah yang memerlukan jemaah.

“Ini seperti sabda Rasullullah SAW yang bermaksud hendaklah kamu berjemaah kerana sesungguhnya jemaah itu adalah rahmat dan perpecahan itu merupakan azab,” tegas Ustaz Syahbudin.

Hendaklah kamu berjemaah kerana sesungguhnya jemaah itu adalah rahmat dan perpecahan itu merupakan azab,

Sementara itu, rata-rata penerima yang ditemui mengucapkan ribuan terima kasih kepada DPPKAG atas sumbangan ini yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Program ini turut dihadiri oleh Ketua Pemuda DPPKAG, Khanapiah Nor dan Timbalan Ketua Pemuda DPPKAG, Mohd Afif Che Roselam.

PAU USTAZ
Gerai hadapan Taman Bunga Raya Seksyen-3 dan Klinik Munshi, Bukit Beruang Melaka. Tempahan Whatsapps : +60136315113

TEPEN FROZEN YONG TAU FOO
Hubungi agen Masjid Tanah Yong Tau Foo segera – Bahrum : 011-16964842