Home Artikel PAS Sabah

30 pelajar terima sumbangan Kembali ke Sekolah

321
SHARE

Oleh: Nurizyan Haziqah Hussin                          14 Februari 2021

PAPAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, YB Dr. Aliakbar Gulasan telah menyumbangkan sebanyak 30 set peralatan Kembali ke Sekolah kepada pelajar yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dan anak yatim bagi sesi persekolahan yang baru tahun ini.

PAS Kawasan Papar mewakili Dr Aliakbar telah menyampaikan sumbangan sekali gus mengenal pasti keluarga di sekitar Papar yang kurang berkemampuan bagi memberikan sumbangan kemudahan pembelajaran.

Pimpinan PAS Papar yang hadir mengagihkan sumbangan bagi mewakili Dr. Aliakbar ialah Yang Dipertua Abd Salim bin Karim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Hendri Hamsah dan pimpinan serta ahli PAS Kawasan yang lain turut membantu proses pengagihan sumbangan.

“Kita mengharapkan anak-anak pelajar mendapat semangat baru selepas menerima sumbangan dan belajar bersungguh-sungguh dalam norma baharu ini,” kata Hendri Hamsah.

Semua yang menerima sumbangan mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang memberikan sumbangan dan mendoakan semuanya dimurahkan rezeki.