Home Artikel PAS Melaka

YDP PAS Alor Gajah Bantu Warga PASTI dan SRITI

413
SHARE

Oleh : Siti

ALOR GAJAH : Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin telah menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada warga PASTI dan SRITI di sini semalam.

Menurut Syahbudin, program sumbangan barangan dapur ini bagi membantu warga PASTI dan SRITI bagi meringankan beban sekadar termampu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah (DPPKAG) amnya, dan Pemuda PAS Rembia khususnya atas inisiatif menggerakan pencarian dana bagi membantu penduduk sekitar Alor Gajah.

Syahbudin turut menjelaskan, bagi menyahut seruan PKP, program ini tidak dijalankan dari rumah ke rumah cuma penerima sumbangan hadir ke kedai runcit yang dipilih bagi proses penyerahan.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan kerana membantu menjayakan program sumbangan ini.

“Semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt.” Ujar beliau

Turut hadir di dalam program ini adalah Ketua Muslimat Kawasan Alor Gajah, Rosela Alwi, Komandan Jabatan Amal Alor Gajah, Farid dan wakil JPrK Alor Gajah, Shamsul.