Home Berita PAS Kedah

YDP Azam dan ADUN Kuala Nerang beri sumbangan dan ziarah

182
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG – Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz bersama ADUN Kuala Nerang, YB Hj Munir@Mohamad Yusoff Zakaria turun memberi bantuan sumbangan kepada pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi, baru-baru ini.

YDP PAS Padang Terap itu menjelaskan beliau bersama ADUN Kuala Nerang menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri kepada 40 orang pelajar yang akan menyambung pelajaran ke institut pengajian tinggi di Kompleks PAS Padang Terap.

“Para penerima sumbangan ini terdiri daripada pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran tanpa mengira bangsa dan parti.

“Tahniah kepada Tuan/Puan atas kejayaan anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading,” ujar YB dalam ucapannya.

Tambahnya lagi, sumbangan ini tanda sokongan dan ingatan kepada anak-anak Padang Terap.