Home Berita PAS Pahang

YB Zakhwan Ketua Pemuda Pahang baharu

1899
SHARE
Hazmi (kiri) bersama Zakhwan di sebelahnya

 

Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang baharu menggantikan Ustaz Hazmi Dibok yang melepaskan jawatan.

 

Sementara Ustaz Aireroshairi Roslan dan Ustaz Zarimi Shubrawi masing-masing dipilih sebagai Timbalan dan Naib dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pahang yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Temerloh pada Ahad.

 

Ustaz Hazmi dalam postingnya menulis seperti berikut:

Hari ini, dengan berlabuhnya tirai Muktamar Dewan Pemuda PAS Pahang kali ke37, tamatlah sudah tugasan saya selaku Ketua Pemuda PAS Negeri selama dua sesi (2015-2017) dan (2017-2019). Perasaan bercampur baur antara gembira dan sedih. Gembira dan lega kerana terasa ringan beban di bahu. Adapun sedih dan bimbang atas beberapa perkiraan :

 

  1. Meninggalkan kepemudaan sebagai sbuah sekolah tarbiyah yang banyak mendidik jiwa saya

 

  1. Bimbang ikatan ukhuwwah yang sudah terjalin kukuh semakin melonggar bila sudah jarang bertemu sahabat pemuda

 

  1. Kerisauan andai tidak meninggalkan legasi yang terbaik buat para pelapis

 

  1. Takut sekiranya saya berdosa kerana tdk melunaskan kewajipan sebaiknya. Oleh krn itu saya meminta para sahabat perwakilan dan pimpinan baru agar mengambil sedikit masa mendoakan khusus buat saya agar Allah ampunkan dosa saya itu.

 

Semenjak awal saya sedar, perjuangan adalah sebuah perjalanan mengiring masa dan kehidupan. Di setiap zaman insyaAllah pasti ada pendekarnya. Tahniah buat sahabat saya Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin, Ustaz Aireroshairi Roslan dan Ustaz Zarimi Shubrawi. Ketua Pemuda, Timbalan dan Naib. Tiada yang saya tahu tentang mereka melainkan kebaikan dan kesungguhan dalam perjuangan. Insyaallah, mereka akan memimpin saff kepimpinan pemuda PAS Pahang yang baharu bagi sesi 2019-2021 dengan lebih cemerlang.

 

Terima kasih kepada semua sahabat yang bersama saya senang dan susah dalam menggerakkan dewan pemuda ini semenjak sekian lamanya. Maaf di atas silap dan salah. Semoga ukhuwwah dan pengalaman yang kita lalui bersama menjadi bekal buat kita untuk terus istiqamah di atas jalan perjuangan. Siiru ala barokatiLah. Allahu Akbar! Wa lilLahil Hamd.