
YB Ust Shahril bersama Cakne Rakyat dan AJK Pas Cawangan Jengka 14 memantau mangsa banjir yang terkandas di Dewan JKKR Jengka 14.

Kemudian YB Ust Shahril terus melawat rumah mangsa banjir Saudara Fendi di blok 6 Jengka 14. Sebanyak 4 buah rumah yang didapati terkandas bersama di kawasan perumahan ini.

Seterusnya YB Ust Shahril Azman ADUN Jengka bersama AJK Pas Kawasan dan AJK Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krau melawat pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat An-Najah dan Sekolah Kebangsaan Jengka 17.

Sebanyak 26 buah keluarga yang menjadi mangsa banjir di kawasan tersebut. Penempatan ini dikawal oleh KKM dan Pasukan RELA.
