YB UST ABDULLAH DIKUNJUNGI WAKIL DUTA SINGAPURA
Oleh : PPU Asyraf Hanif
Puteri Wangsa, 28 Mac – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sentiasa bersedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) yang dijangka akan berlangsung dalam masa yang terdekat.
Bahkan perkembangan peningkatan sokongan terhadap PAS telah mendapat perhatian ramai pihak .
Baru-baru ini YB Ustaz Abdullah Husin yang juga merupakan wakil rakyat DUN Puteri Wangsa dan tokoh Ulamak Johor telah menerima lawatan daripada wakil Duta Singapura semalam.
Lawatan tersebut lebih memfokuskan dengan perbincangan berkenaan isu-isu semasa menjelang PRU 14.
Abdullah Husin yang bertanding atas tiket PAS telah mengalahkan pesaingnya Ravindaran Doraisamy (BEBAS) dan Soorianarayanan Muniandy (BN) dengan majoriti 3,469 pada Pilihanraya Umum yang lepas (PRU 13).