Home Artikel PAS Kelantan

Kelantan utamakan kebajikan guru Yik

254 views
SHARE

KOTA BHARU: Dasar berkebajikan Kelantan kini diperlebarkan kepada sektor pendidikan apabila seramai 354 guru ganti diserap kepada guru berelaun bermula 1 April ini.

Berikutan perubahan itu kerajaan negeri akan menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM1,687,824.72 setahun melibatkan pertambahan gaji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman Perkeso dan bantuan sara hidup (cola).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Yayasan Islam Kelantan (Yik) hanya akan memperkenalkan dua kategori guru.

Katanya, kategori tersebut iaitu guru tetap dan guru sandaran.

“Sedangkan sebelum ini terdapat lima kategori iaitu guru tetap, Guru khas, guru sandaran, guru berelaun dan guru Ganti,” ujarnya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini.

Beliau juga berkata, pengstrukturan semula guru-guru Yik menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membelanjakan lebih RM7 juta setahun.

Menurutnya juga seramai 80 guru berelaun baru akan dilantik tahun ini. – HARAKAHDAILY 28/3/2018